Public entry dan approval penyertaan
Permudahkan borang peserta dengan tetapan wakil, identity, contact dan approval.
Buka tetapan Public Entry dalam halaman registration channels. Sesuaikan borang dengan cara peserta mendaftar, kemudian uji sebagai peserta sebelum membuka pendaftaran.
Tetapan borang
- Representative: aktifkan jika pendaftaran memerlukan wakil / pengurus. Biarkan disabled jika peserta mengurus pendaftaran sendiri.
- Identity: pilih required, optional atau hidden mengikut keperluan kejohanan.
- Contact: email dan phone boleh diisi pada form player. Bagi Doubles, Player 1 menjadi contact awal; semak contact yang dipilih untuk menerima maklumat pendaftaran.
Pastikan maklumat yang diwajibkan memang diperlukan. Jangan minta identity hanya kerana ia tersedia dalam sistem.
Approval required atau not required
| Tetapan | Selepas borang yang sah dihantar |
|---|---|
| Required | Urusetia menyemak sebelum meluluskan penyertaan. |
| Not required | Penyertaan diluluskan secara automatik apabila semakan sistem dipenuhi. |
Semakan kelayakan dan kapasiti masih terpakai. Menukar tetapan approval tidak meluluskan semula semua pendaftaran pending yang sedia ada.
Approved bukan bermaksud Paid. Pantau status penyertaan dan status bayaran secara berasingan, walaupun Billplz digunakan.
Bayaran peserta
Jika Manual bank-in dan Billplz kedua-duanya tersedia, peserta memilih satu kaedah pada halaman bayaran. Mereka tidak perlu membayar melalui kedua-duanya.
Peserta yang tiada online banking boleh memilih Manual bank-in, termasuk deposit tunai melalui mesin bank, kemudian menyerahkan bukti bayaran mengikut arahan organizer.
Pautan pembayaran / status pendaftaran adalah peribadi. Peserta perlu menyimpannya dan tidak berkongsi secara terbuka.
Sebelum Open registration
Uji kategori, umur, contact, jumlah yuran, pilihan kaedah bayaran dan arahan kepada peserta. Semak tarikh buka / tutup serta maklumat kejohanan yang akan dipaparkan.
Baca bayaran dan Billplz untuk menyediakan kaedah bayaran.