Bagaimana kami boleh membantu?

Panduan untuk menyediakan, menjalankan dan menutup kejohanan woodball menggunakan TimberTally.

Pilih artikel panduan
Help Center Pendaftaran & Bayaran Bayaran peserta dan Billplz
Pendaftaran & Bayaran

Bayaran peserta dan Billplz

Sediakan Manual bank-in, sambungkan Billplz dan semak transaksi berkaitan entry.

Organizer boleh menyediakan Manual bank-in, Billplz atau kedua-duanya. Jika kedua-duanya tersedia, peserta memilih satu kaedah bayaran.

Manual bank-in

Lengkapkan maklumat bank serta payment instructions pada bahagian manual payment di Tournament Settings. Peserta membuat transfer atau deposit tunai dan menyerahkan bukti. Urusetia menyemak bayaran sebelum menandakan pembayaran diterima.

Sambungkan Billplz

  1. Sediakan akaun Billplz serta Collection untuk menerima yuran kejohanan.
  2. Buka Organization Settings → Billplz dan buka form setup.
  3. Isi API Secret Key, Collection ID dan X Signature Key daripada akaun Billplz anda.
  4. Tekan Test connection dan baca status yang dipaparkan.
  5. Tekan butang simpan untuk menyimpan sambungan.
  6. Aktifkan Billplz sebagai kaedah bayaran pada kejohanan yang berkaitan.

Setup semasa menggunakan Live. Bayaran peserta melibatkan wang sebenar. Tiada pilihan sandbox dalam form organizer semasa.

Bagaimana membaca input yang telah disimpan

Collection ID boleh dipaparkan semula. Input rahsia boleh kelihatan kosong dengan indikator Saved securely kerana nilai tidak didedahkan. Biarkan kosong untuk mengekalkan rahsia yang telah disimpan; isi hanya apabila mahu menggantikannya.

Jangan kongsi API Secret Key atau X Signature Key dalam screenshot, chat sokongan atau pautan peserta.

Apa yang Test connection semak?

Ujian menyemak akses API dan Collection, tanpa mencipta bayaran. Ia tidak menyimpan nilai baharu dan tidak membuktikan X Signature Key yang diisi betul. Simpan sambungan selepas berjaya; konfigurasi signature diperlukan supaya pengesahan bayaran boleh diterima dengan betul.

Sambungan menggunakan Collection untuk pilihan personal FPX, tanpa B2B. Gunakan Collection khusus TimberTally kerana setup sambungan turut menyelaraskan kaedah bayaran Collection tersebut.

Aliran peserta

  1. Peserta membuka pautan bayaran peribadi dan menyemak entry serta jumlah.
  2. Pilih Manual bank-in atau Online payment jika kedua-duanya disediakan.
  3. Untuk Billplz, pilih bank yang tersedia dan lengkapkan arahan bank.
  4. Kembali ke halaman status untuk menyemak pengesahan bayaran.

Billplz digunakan untuk yuran MYR. Kaedah bayaran perlu disediakan pada kejohanan walaupun organization sudah mempunyai sambungan.

Jangan buat bayaran kedua jika bayaran pertama belum jelas. Bukti manual pending atau bill online yang masih aktif boleh menghalang pertukaran kaedah; organizer perlu menyemak transaksi dahulu.

Menyemak transaksi

Di bahagian Billplz organization, cari transaksi dan buka butiran. Semak nama pembayar, contact, kejohanan, entry / kategori, jumlah, Bill ID serta masa dan status. Padankan dengan entry yang berkenaan, bukan nama kejohanan sahaja.

Mematikan Billplz menghentikan checkout baharu; pengesahan bagi bayaran terdahulu masih perlu diproses. Rekod ujian lama, jika ada, bukan bukti bayaran sebenar.

Jika status belum dikemas kini, rujuk penyelesaian masalah sebelum meminta peserta membayar semula.