Asas
Aliran kejohanan dari mula hingga tamat
Empat fasa utama serta perkara yang perlu selesai sebelum bergerak ke fasa berikutnya.
Gunakan empat fasa ini sebagai senarai semak. Tetapan optional hanya perlu diaktifkan jika digunakan oleh kejohanan anda.
1. Sediakan draft
- Semak nama, venue, country, timezone, tarikh dan contact.
- Sahkan kategori, syarat umur, course, Par, rounds dan tie-break.
- Pilih scoring mode, maksimum pukulan dan kapasiti flights.
- Semak jadual sessions serta jumlah gates setiap peserta.
2. Buka pendaftaran
- Tentukan sama ada public entry memerlukan approval organizer.
- Pilih sama ada wakil diperlukan dan sama ada identity wajib, optional atau disembunyikan.
- Sediakan kaedah bayaran jika terdapat yuran: Manual bank-in, Billplz atau kedua-duanya.
- Uji borang serta jumlah yuran sebelum menekan Open registration.
- Pantau entry dan bayaran. Approval penyertaan dan status pembayaran ialah dua perkara berasingan.
3. Sediakan dan jalankan pertandingan
- Jana flights daripada entry yang layak ditempatkan.
- Semak setiap session, course, starting gate dan kapasiti flights.
- Dalam Flight scoring, semak assignment scorer kepada flights.
- Dalam Zone scoring, sediakan pass bagi setiap zone dan pastikan peranti scorer telah diaktifkan.
- Semak Operations Summary, check-in dan status Scoring Open.
- Pantau skor serta pending sync semasa permainan.
4. Sahkan dan umumkan keputusan
- Pastikan skor lengkap serta semua perubahan offline telah diterima server.
- Chief Scorer menyemak dan verify scorecards.
- Semak tie-break, status peserta dan keputusan kategori.
- Bezakan Provisional daripada Official semasa berkongsi leaderboard.
- Muat turun laporan yang diperlukan.
Close scoring tidak menggantikan verification. Keputusan provisional juga tidak bermaksud semua scorecards telah disahkan.
Baca hari pertandingan dan leaderboard serta laporan untuk langkah operasi.